OBJEKTIF
1. Merupakan tempat pemuliharaan dan pemeliharaan koleksi bahan dan khazanah pendidikan di IPGKKB.
2. Memaparkan pelbagai koleksi bahan secara bertema dan kronologi yang bermula dari tahun 1954 sehingga tahun 2000 .
3. Menjadikan Galeri Warisan sebagai tempat pembelajaran berkaitan dengan sejarah Pendidikan negara khususnya kepada pelajar IPGKKB.
4. Menjadi tempat rujukan dan kajian berkaitan dengan sejarah IPGKKB yang bermula dari tahun 1954 sehingga 2021.
5. Menyedarkan generasi muda tentang pentingnya menghargai, menyayangi, menghayati sejarah pendidikan negara sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian.
1.0 Sejarah Galeri Warisan.
Pada tahun 2021, Galeri Warisan telah mengumpul sebanyak 1200 bahan yang
merangkumi plebagai koleksi bahan dan kegunaan, antaranya ialah koleksi bahan
bantu mengajar, alatan kegunaan pelajat, sains dan teknologi, audio visual,
alatan muzik, tekstil, bahan bercetak, diari, buku pelawat, trofi, replika dan
seni kraftangan. Koleksi ini merupakan himpunan bahan-bahan yang dpernah
digunakan oleh pelajar, pensyarah dan staf IPGKKB dari tahun 1954 lagi. Bagi
memudahkan para pengunjung, bahan-bahan ini disusun mengikut tema dan juga
tahun bagi membolehkan pengunjung memahami rentetan sejarah sesuatu koleksi
dengan lebih mudah. Diharap kewujudan Galeri Warisan akan memberi manafat yang
besar kepada semua pengunjung khususnya warga pendidik, alumni, pelajar,
pencinta sejarah, pengkaji sejarah serta semua yang pihak yang berkepentingan.
2.0 Visi dan Misi Galeri Warisan
“Menjadi pusat pengumpulan bahan dan khazanah pendidikan negara”
“Memastikan semua bahan dan khazanah pendidikan khususnya di IPGKKB
dipulihara dan dipelihara bagi tatapan generasi masa kini serta menyedarkan
masyarakat sekeliling tentang sumbangan dan kewibawaan IPGKKB sebagai Pusat
Latihan Pendidikan Guru yang terunggul di Malaysia”