PERKEMBANGAN INSTITUT DARI KIRKBY HINGGA IPGKKB
Penubuhan maktab perguruan di Tanah Melayu bertujuan untuk menggantikan dua buah maktab sementara yang telah beroperasi di Kirkby, Liverpool dan Wovehampton, England. Negeri Kelantan dipilih kerana kerajaan berpendapat dengan pembinaan sebuah maktab perguruan di negeri ini, kawasan Pantai Timur akan sedikit sebanyak menjadi maju. Pembinaan maktab yang dikenali sebagai Malay Teaaher Training College (MTTC) mengambil masa selama lebih kurang tiga tahun iaitu bermula pada 1952 dan siap sepenuhnya pada tahun 1954 di sebuah kawasan seluas 93 ekar atau 38 hektar di Pengkalan Chepa, Kota Bharu,Kelantan.Pembinaan maktab ini menelan perbelanjaan sebanyak 3.4 juta. Kelengkapan prasarananya terdiri daripada sebuah Dewan Besar yang kini dinamakan Dewan Bakti, Asrama, Bilik Kuliah, Dewan Makan, Jimnasium, Perpustakaan dan Pejabat. Bangunan MTTC ini mulai beroperasi selepas dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, Sir Mac Gillivary bertarikh 11 Oktober 1954.
Plat Perasmian Malayan Teacher Training College Kota Bharu pada tahun 1954
Subjek MTTC yang diperkenalkan di MTTC ialah Latihan Guru, Bahasa Melayu 1, Tawarikh dan Hikayat, Ilmu Hisab, Geometri, Algebra, Ilmu Tanaman, Religion dan Hygienan. Pengetua pertama bagi MTTC ialah sir Robert Williams pada tahun 29 Jun 1954. Sehingga tahun 1957, MTTC hanya melatih guru yang akan ditempatkan di sekolah menengah. Kursus yang ditawarkan terdir daripada Education, Physical Education, Malay Languange, Art, Woodwork, Geography, History, Mathematics, Music, English Language dan Sains Rumahtangga dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Sejak mulanya maktab ini dibina, ia disebut sebagai Malay Teacher Training College (MTTC). Namun,pada tahun 1957 ia telah bertukar menjadi Kota Bharu Training College (KBTC). Penukaran tersebut dilakukan berdasarkan Penyata Razak 1956 yang mencadangkan agar latihan perguruan yang akan ditempatkan di sekolah rendah dan menengah diberi perhatian sepenuhnya untuk meningkatkan kualiti perguruan. Pada era 60-an, wujud aktiviti kokurikulum di KBTC seperti Persatuan Penuntut Islam, Literarry and Debating Society,Persatuan Perlancongan dan Pengembaraan dan Persatuan Penuntut Brunei. Dalam bidang sukan, terdapat sukan bola sepak, ragbi, hoki perempuan, badminton, kriket, sepak raga jaring, bola jaring, bola keranjang, Pasokan Bulu Tangkis, Pasokan Ping-Pong, Bola Tampar,Persatuan Tenis. Kelab yang diperkenalkan pula ialah Kelab Kamera, badan Seni Drama, Kelab Kutub Khannah, Kelab Wayang Gamba, Badan Kinim,kelab Seni Lukis, Tabong Kemalangan, Badan Pelanchong, Kelab Bena Badan Badan Kesenian dan Kebudayaan yang terdiri daripada Persatuan Drama, Tarian dan Koir. Rumah-rumah sukan pula terdiri daripada Rumah Kijang,Rusa, Napoh dan Pelandok, Seladang. Pada hari ini, rumah sukan dinamakan mengikut nama bukit atau banjaran seperti Tahan, Bintang, Kinabalu dan Ledang.
Bangunan Gimnasium 1954
Bangunan Pentadbiran 1954
Dewan Bakti 1954
Kumpulan pertama yang mendaftar sebagai guru pelatih bersama pensyarah
Pensyarah dan kakitangan MTTC
Masjid MPKB yang dibina pada tahun 1976
Dalam tahun 1957 hingga 1958, MPKB melatih guru-guru bagi sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Rancangan Pembangunan Malaysia. Antara tahun 1982 hingga 1986, MPKB melaksanakan Latihan Perguruan Bersepadu yang mengambil masa selama 3 tahun dan menekankan aspek keseimbangan kurikulum dan kokurikulum. Antara tahun 1984 hingga 1990, Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi guru sementara diadakan.
Kumpulan KDC, 1987
Mulai pada tahun 1989, Kursus Perguruan Selepas Ijazah (KPLI) diperkenalkan di MPKB dalam subjek Agama, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dan Ekonomi. Antara tahun 1989 hingga 1993. MPKB mengendalikan Kursus Peningkatan Keilmuan Profesionalisme (KPKP) kepada guru bahasa Inggeris selama 3 bulan. Setelah tamat kursus ini, mereka akan dipertimbangkan untuk kenaikan keg red C8.
Kumpulan Kursus KPKK 1991
Mulai tahun 1991, MPKB mengendalikan kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Bahasa Melayu, Matematik dan Pemulihan kepada guru terlatih selama 2 semester. Pada tahun 1992, MPKB mengendalikan Kursus Perguruan Asas (KPA) dalam kursus Muzik, Matematik dan Sains yang diperkenalkan sebagai tambahan kepada kursus sedia ada.
Bermula Julai 1996,MPKB telah menjalankan Program Diploma Malaysia (DPM) menggantikan Kursus Perguruan Asas (KPA). Program Diploma Perguruan Malaysia menawarkan selama 3 tahun atau enam semester dan termasuklah satu semester iaitu semester 6, di mana guru pelatih menjalani praktikum sebelum diberi penempatan.
Mulai tahun 2005, Jemaah Menteri meluluskan pengiktirafan 27 maktab perguruan di Malaysia menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah perguruan dan B.Ed. Pada tahun 2006, IPG mula menawarkan program peringkat ijazah yang membolehkan pelajar menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kursus-kursus yang ditawarkan di IPG Kampus Kota Bharu memberi pendidikan perguruan berkualiti kepada pelanggan pada peringkat pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan.